As salam kepada pembaca..
Aku nak cerita sikit apa langkah aku seterusnya selepas keputusan SPM 2010 keluar. Okey , lepas keluar je result SPM , aku cuba fikirkan jurusan apa yang sesuai dengan minat dan kelayakkan minima result aku . Kalau minat je tak cukup untuk kita pilih jurusan apa yang kita suka , tapi kena fikirkan juga sama ada kita layak ke tak ambil jurusan tu bergantung kepada result SPM yang kita dapat . Betul tak ?
Aku sama juga macam orang lain , lepas result SPM keluar aku isi permohonan untuk masuk ke IPTA , tak kisah lah Universiti atau pun TEVT & ILKA , dua-dua aku isi dalam UPU . Mana lah tahu kalau aku takde rezeki masuk U , jadi aku pilih lah juga TEVT & ILKA atau kata lainnya institusi kemahiran . Selepas dua bulan lebih macam tu , keputusan UPU pun keluar , bila aku check kat status permohonan , dengan dukacitanya aku tak dapat masuk ke universiti . Aku dah agak dah aku mesti tak dapat masuk U punya , naluri aku kuat mengatakan yang aku tak dapat , walaupun dari segi syarat minima aku layak masuk U .
Biasalah universiti kan terhad , jadi tak semua lah yang dapat masuk U , hurrmm... Mula-mula aku agak kecewa sedikit , tapi bila fikirkan balik , bukan aku sorang je yang tak dapat masuk U , tapi , ada lagi beratus ribu orang yang tak dapat masuk macam aku . Just think positive lah . Tak semestinya orang yang dapat masuk U tu dijamin dapat kerja , kat berita dan surat khabar kan ada bagi tahu ramai mahasiswa yang menganggur . Senang dapat kerja atau pun tak bergantung kepada rezeki masing-masing lah . Hidup ni ibarat roda , kadang kita di atas dan kadang kita di bawah . Mungkin ada hikmahnya kenapa aku tak dapat masuk U , Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk aku .
Lebih kurang 3 minggu selepas keputusan permohonan universiti keluar , keputusan TEVT & ILKA pula keluar . Dan kali ni aku sukacitanya diterima masuk ke Politeknik . Alhamdulillah , syukur sangat .
simple je kan . huhu...
Pintu masuk PSIS
wahhhh... !! Menarikkan . Memang sesuai untuk tempat belajar , jauh dari hiruk pikuk bandar . Tengah-tengah hutan kottt.. dalam gambar ni tak nampak pun perumahan atau kedai-kedai kan . Aku belum dapat gambaran sebenar PSIS ni macam mana , sebab aku belum masuk belajar lagi . 3 julai nanti baru start daftar masuk ke politeknik ni . Okey kita tenguk gambar yang seterusnya ..
haaa... nampak tak kat tengah-tengah kampus tu ada tasik . Cantik kan hihihi... ^__^
Tak sabar rasanya nak sambung belajar , dari tarikh hari ni 23 Jun , aku cuma ada masa lagi seminggu lebih je untuk masuk daftar di PSIS ni . Excited !!
Kalau nak tahu PSIS ni bukannya ada tasik je kat tengah-tengah kampus tapi kat belah belakang asrama PSIS ada laut lagi. huhu... syoknyaaaa !!!
Suasana yang sangat cantik !!
Yang ni bangunan asrama
Bangunan kuliah .
Dewaan
p/s : Saya Mendoakan agar Nadhirah Binti Rashid Berjaya dalam bidang yang
diceburinya , Amin . Terima kasih kerana mendoakan aku ^___^
Ingin memberi hadiah kepada seseorang yang di sayangi mari klik bawah ni !!

Sambung Belajar Di Politeknik .
















