Saturday, December 8, 2012

Durian Crepe Fever !

Hye !

Perasan tak semenjak musim durian ni orang sebuk duk cakap pasal durian crepe?

Ni mak beli kat kawan dia. Seriously memang sedap !


Yang ni kaklong beli pulak kat kawan dia, ye lah lain orang buat lain sikit rasanya, tapi rasa durian tetap tak lari .




Sepanjang aku cuti semesta ni banyak kali dapat makan durian crepe. Huh ! memang puas ! Korang try lah beli, sekali makan pasti nak lagi . huhu..

Ingin memberi hadiah kepada seseorang yang di sayangi mari klik bawah ni !!

Saturday, August 4, 2012

Semesta 3 , Diploma in Secretarial Science , 2012

Hye !

Sudah masuk minggu ketiga aku berada di semesta 3, sem 3 ni bagi aku rilex sikit berbanding sem 2, kalau busy pun asik dok mengguris trengkas dan shorthand. Eh tawu ke trengkas dan shorthand tu 
apa ? pernah dengar tak sebelum ni ?

trengkas

shorthand

Beza trengkas dan shorthand , trengkas gurisan untuk bahasa melayu , shorthand untuk bahasa inggeris , lagi satu trengkas diguris berdasarkan abjad sesuatu perkataan tu , shorthand berdasarkan bunyi perkataan . Student secretary je yang tawu dan faham dengan dua gurisan ni . Istimewa tak kami ? Ko hador belajar benda ni ?! hahaha.. Bagi student DSK dua subjek ni adalah killer subjek , bagi aku takde lah killer mana , seronok apa belajar gurisan ni , orang tak belajar , tapi kita belajar . Aku rasa ada lagi subjek yang lagi killer kot . By the way , sem 3 ni aku kena ambil trengkas II dan shorthand II , dan tiap-tiap hari kena mengguris. Huh !!

Seterusnya entry bergambar . Let's see !

 dalam gambar ni aku nampak gemok lah ! aarrgg..





 Haikal posing dia mesti nak feeling Fazura . haha..





masing-masing menggila
ni baru sikit classmate aku , ada ramai lagi , cuma dorang tak join sesi bergambar ni .


Ingin memberi hadiah kepada seseorang yang di sayangi mari klik bawah ni !!

Wednesday, July 4, 2012

Dari Mana Dapat Nama "Debot" ?

Hye !



Komen di atas di-print screen dari facebook aku , time birthday aku hari tu . Suraiyah , she is my mom , dia explain-kan why nama "debot" . Keluarga saja yang tawu , tapi kawan aku panggil aku "Nad" . haha pelikkan , ada yang panggil aku "Nadhirah" ada panggil "Dira" . hhhmmm Macam-macam , whatever you alls call me , Mak okey je . haha.. ^_^


Ingin memberi hadiah kepada seseorang yang di sayangi mari klik bawah ni !!

Tuesday, July 3, 2012

Kids in The House babe !

Hye !


Ica

Dulu masa dia kecik dalam 4 tahun macam tu rajin jugak dia bercakap , bila dah besar sekarang 6 tahun jadi macam pendiam pulak dia . Dia ni tak banyak sangat kerenah . Rajin woo buat keje tadika , selalunya orang cakap keje sekolah , tapi disebabkan dia masih tadika , jadi kita panggil dia keje tadika . hahaha... Balik tadika tukar baju , makan dan tengok tv , kalau line clear takde budak kecik yang lagi dua orang tu , atau pun  budak-budak kecik tu tengah tido , ica cepat-cepat siapkan keje tadika dia . Sebab apa ? nanti dorang mesti menyebuk jugak nak buat , buat apa ? buat kacauuu.. !! Kadang-kadang aku lah jadi cikgu yang mengajar dia kat rumah . hehehe... 

Aira

Oh dia ni , masih kecil , setahun lebih umurnya . Sangat tak reti dok diam , ada je benda dia nak mengemas kat rumah tu . Agak nakal sikit , tengok je lah senyuman dia kat gambar atas ni . Gigi baru ada 8 batang . Cakap pun guna bahasa Jerman , dia cakap , dia je lah yang faham . Tapi tak tawu lah kalau putra faham jugak bahasa dia . hihihi... Dia sangat tertarik dengan alat elektronik , seperti handphone dan laptop . Jaga-jaga ada yang memerhati ! hahaha... 

Putra

Ini yang paling kecik , umur dia lebih kurang setahun , actually aku tak ingat umur dia berapa . haha.. yang pasti dia paling muda . Mahal tu lesung pipit ada dua kiri kanan , ko hado ?! Gigi baru ada dua batang , yang dia tawu cakap "mak" , "mama" , yang selalu aku dengar tiap kali aku makan , dia akan cakap "nak" . Pantang nampak orang makan semuanya dia nak . Lain kali kalau nak makan , sorok-sorok eaa.. Dia ni rajin betul mengemas kalah pompuan , kalau cantik rumah dia kemas takpe , ini makin bersepah , biasa lah budak-budak . hahaha.. macam-macam . Kalau melalak susah nak berhenti ! Pagi-pagi dah dengar suara dia , gggrrrr....

P/S :  Dorang lah yang memeriahkan suasana kat rumah , kalau takde dorang sunyi ar rumah . 
That's all , thanks reading yaw !


Ingin memberi hadiah kepada seseorang yang di sayangi mari klik bawah ni !!

Friday, June 22, 2012

Mee Udang + Cendol durian

Hye !

21-Jun-2012 , balik untuk semesta break , cuti 3 minggu . Yeahhhh !! Hari tu gi Bagan Nakhoda Omar (BNO) , Kampung Nelayan , aku ngan member kelas nak try makan mee udang . Asik makan kat cafe je , sekali sekala makan luar pulak , lagi pun asal aku turun cafe je lauk dah tinggal sikit .  Mana tak nye aku turun pun dah petang . hahaha..  Rasanya not bad lah . Ayah ngan Mak ambil aku kat politeknik sebab cuti sem , aku recommend kat Mak ngan Ayah " jom lah makan mee udang kat BNO " dorang On je . So let see our photo .

permandangan dari hadapan restaurant 









Ayah rabun dekat , bila tengok handphone jadi gitu lah muka dia . haha



Serius aku cakap udangnya banyak gila , fresh lagi , kalau kenyang sebab makan udang je .

Hari tu dah try mee udang , so kali ni datang ngan family aku try nasi goreng udang pulak . Kat dalam nasi tu ada lagi udang , banyak aku kata ko ! 

kenapa dalam gambar ni ayah nampak Jambu pulak . hihihi..

Bahagia je muka dia . haha..
-
-
-
-

Lepas makan kat BNO . Dalam perjalanan balik , selalunya ayah akan lalu Kuala Selangor , memang takde jalan lain dah , memang lalu situ pun , kalau dari politeknik nak balik ke Puncak Alam . Ayah singgah la kedai candol , ayah cakap dah lama lalu situ , tapi asal nak pergi je mesti tepi jalan tu kereta berderet dan ramai sangat orang . Agaknye sedap sangat kot cendol dia . Okey kali ni kami bertolak awal pagi , so dapat lah singgah makan cendol . Time tu tak ramai orang , mungkin sebab pagi kot .

agaknya tu muka pengusaha cendol kot . hehe



Sebelum cendol sampai temenung dulu , apalah lah yang Mak fikirkan agaknya . hihi..

Dalam banyak-banyak cendol aku makan , this one is the best , yang kuning-kuning tu durian. Sedap doh !!



Oh handsome-nya Ayahku !! ^__^

Muka bahagia dia lagi . haha..



Ingin memberi hadiah kepada seseorang yang di sayangi mari klik bawah ni !!

Thursday, June 21, 2012

Short Sem

Hye !

Semesta pendek sudah tamat . Yeahhhh... cutiiiii.. Cuti selama 3 minggu . Actually best jugak short sem ni , lagi lagi subjek Softskill . Lecturer nya sangat sporting . Aku nak cite pasal subjek softskill je , subjek lain yang aku ambil time short sem , aku tak berapa nak minat . Softskill adalah subjek yang mengajar kita supaya berasa confident bila berhadapan dengan orang ramai . Macam public speaking , presentation , role play dan sebagainya . Tak semua orang ada keyakinan untuk bercakap di hadapan audience yang ramai betul tak ? Selalunya kita akan berasa gementar , tak yakin dengan apa yang kita buat , kadang-kadang tu kita dah rancang apa yang nak di cakap masa presentation . 

Tapi bila tiba turn kita kena bercakap kat depan , kita jadi lupa . Habis berterabur , pastu mula lah cakap merapu , sebab bila kita nervous otak kita automatik akan blank . Semua orang mesti pernah alami situasi seperti tu kan . So , tu la tujuan nye kenapa kena ambil subjek softskill , subjek ni tak ada tutorial , more to membuat daripada mendengar apa yang lecturer selalu pok pek pok pek kat depan . Subjek ni sebenarnya untuk persediaan kita apabila kita ambil Latihan Industri nanti . Jadi tengok je lah gambar kat bawah ni time aku ambil short Sem .

                                Ni time kelas softskill , lepas karoke . Sumpah seronok !!


Ni lah wajah-wajah classmate aku , Diploma in Secretarial Science . Kami baru lepas habis event softskill , kelas kami membuat dua persembahan , sketsa dengan sketsa musical . Dua-dua kategori ni kami dapat tempat pertama . Tahniah you allz !! Tak sia-sia belatih sketsa tiap-tiap malam . huhu . Aku masuk sketsa , yang bertajuk Ekspidisi Berhantu . Nak tawu aku watak apa ??? Aku watak pocong . hahaha.. Ramai kata yang jadi watak hantu dalam sketsa kami sangat real . Tapi takde kenangan aku jadi pocong , sebab tak tangkap gambar . hhmmm.. By the way , keesokkan harinya , time kelas softskill Encik Azhar puji kami , dan dia ada cakap aku ada bakat jadi pelakon , watak hantu lah tapi . hahaha... malu jeee...


Dapat hadiah tempat pertama .


Yang duduk tengah-tengah di kelilingi gadis-gadis tu lah lecturer softskill kami . Sporting gila ar dia siap buat gaya rock lagi . Lecturer korang hado ?? hahaha.. Sebabkan kami menang dalam event tu , Encik Azhar janji nak belanja KFC . Oh ! baiknya lecturer aku sorang ni . Semoga Tuhan memurahkan dan memperbanyakkan rezeki Encik Azhar . 

Macam-macam gaya ada . Korang memang the best !!

Okey tutup cerita pasal softskill.
-
-
-
-
-

Dalam seronok-seronok , ada jugak bosannya ambil shortsem ni , sebab tak ramai orang kat hostel , kadang-kadang hostel sunyi je . Bak kata dorang , dah macam zombe land . HAHA . 


Bila weekend tak tawu nak buat apa , tak kan nak teperuk dalam hostel je kan . Lagi pun di sebabkan short sem ni tak ramai orang , jadi cafe yang buka sikit je . Asal aku ngan Mai turun je cafe , lauk habis , macam haram je !! Gambar kat atas tu kami g makan kat Bagan Nahkoda Omar (BNO) . pernah dengar tak ? Kami try mee udang special kat sana . boleh tahan la , not bad .



Mira dan aku
-
-
-
-
-
-
-
-                                               

Say hye to Lumpy !! hihi.. agak-agak yang aku pegang tu apa ?? ce teke ce teke




tadaaaaa... this is rabbit . bosan bosan main ngan lumpy . comel la awok ni . geram kita tengok awok ^_^

-
-
-
-
-
-
-

Sambut birthday Atika Sari . 20-Jun-2012

Some photo , I'm in short sem
-
-
-
-
Aku suka gambar ni <3

Bad roommate time short sem , merangkap kawan baik dan kawan rapat . ala la la la cun nyeee . hihihi....

Mira yang baik hati lagi lembut <3

Mai yang talkative lagi comel <3

Awa yang pendiam , dan manis rupawan <3


Ingin memberi hadiah kepada seseorang yang di sayangi mari klik bawah ni !!
 

Designed by diradebod