Saturday, January 4, 2020

Bukan disebabkan aku suka fotografi tapi..

 Hye semua!

Aku jenis yang suka tengok sekeliling, suka tengok gelagat orang, suka tengok cara orang berpakaian dan yang paling aku suka adalah suka tengok permandangan alam semulajadi. Once kalau dah nampak scenery yang lawa orang sebelah cakap dengan aku pun aku kadang2 tak boleh nak fokus sebab terkesima dengan kecantikan alam yang ada depan mata. Bila aku cuba hayati kecantikan yang ada disekeliling, seperti pokok-pokok, gunung-ganang, awan, dll automatik aku akan rasa tenang jee.. dan rasa diri ini terlalu kerdil sangat. Disebabkan kagum dengan permandangan yang ada didepan mata, aku akan tangkap gambar dan biasanya akan upload dalam instagram. Kalau orang tengok insta aku seolah olah macam aku ni minat sangat fotografi. Padahal aku lebih kepada nak simpan apa yang aku lihat cantik tu sebagai kenang kenangan, dan dalam masa yang sama aku boleh juga share kan dengan orang orang yang aku rapat, which is follower di insta. Walaupun follower insta tak semuanya aku kenal, tapi tak apa lah, dah awak follow saya so kena la awak terima apa yang saya nak upload. Hahaha.. So aku rasa insta adalah platform yang terbaik untuk share gambar, even gambar yang aku tangkap tu tak berapa nak helok dimata orang, tapi ia satu kepuasan bila dapat tengok permandangan yang cantik, lepas tu tangkap gambar dan upload sebagai kenangan. Hihihi.. 

Kalau orang tengok insta aku, kebanyakan gambar yang aku post mesti gambar awan. Tapi kenapa awan? Aku pun tak sure kenapa aku suka tengok awan, tapi aku perasan benda ni since aku kecik lagi seawal umur 5 tahun aku memang suka dongak ke langit dan suka tengok kepol kepol awan. Aku rasa mungkin sebab masa aku kecik arwah ayah suka bawak aku pergi meronda naik kereta. Actually tiap weekend arwah ayah rajin cuci kereta, biasanya selepas cuci kereta ayah akan bawa kereta tu untuk dia panaskan enjin. Sebab ayah pergi kerja naik motor jadi kereta tak bergerak kalau time weekdays. Itu sebab lah asal weekend je dia gerakan kereta tu sekadar untuk panaskan enjin, yela kereta kalau lama sangat tak gerak kang dia rosak pula. Jadi setiap kali dia nak panaskan enjin kereta dia akan bawa lah aku meronda naik kereta dia Toyota Ke20. Seperti dalam gambar dibawah. Cuma warna je lain. Haha..

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1z55_oX-3HdfLDQxlwvoiRff8HmLH4agE
Kat mana tempat yang ayah selalu bawa pun aku tak sure. Sebab apa? Okay kalau perasan kereta zaman dulu dia punya seat kereta tu very the lowerd kan. Kalau masuk je kereta bila duduk tu terasa macam badan ni termasuk ke dalam macam tu. So aku pula budak kecik time tu, pendek pula tu. Jadi bila duduk tu badan akan terkelom ke dalam. Susah la aku nak explain. Hahahaha... Sejauh mana pun perjalanan yang ayah bawa aku tak pernah tahu. Sebab aku sendiri pun tak dapat nak melihat apa yang ada diluar. Walhal kereta telah dicipta sekali dengan tingkap. 😂 Senang cerita, penglihatan aku limited oleh sebab saiz badan yang kecik ketika itu, jadi apa benda je yang aku boleh nampak kalau naik kereta? So ianya adalah awan, jadi aku hanya dapat menikmati kepol kepol awan yang berwarna putih. Ayah bawa la meronda cerok mana pun, penglihatan  aku hanya limited kepada langit je lah. Sebab aku sendiri tak dapat nak tengok depan, tingkap sebelah pun antara nampak tak nampak je. Jadi aku rasa bermula dari situ dan sampai dah tua bangke ni aku memang suka sangat tengok langit, pandang ke awan. Lagi lagi time senja, pergghh masa tu macam macam warna awan kita boleh tengok. Nampak macam weird tapi tu laa sedikit perkongsianku. Sampai disini je la. Kang panjang pulak Hihihi..

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1No-R8Q_DJVdPqKAa3oxNyEwdNkSJ3KbE
Ini antara gambar yang aku tangkap masa dalam kereta. Kebetulan ada aircraft lalu zapppp terus capai phone klik klik klik 😁


Ingin memberi hadiah kepada seseorang yang di sayangi mari klik bawah ni !!

Thursday, July 14, 2016

Masih segar dalam ingatan

Sepanjang menuju ke alam dewasa, aku dan keluarga diduga, kami kehilangan satu satunya hero dalam keluarga, Ayah. Sekarang nak masuk 2 tahun lebih pemergian Ayah. Kadang2 tu bila sorang2 dalam bilik, mulalah fikiran melayang, fikir macam macam, bila  teringat dekat arwah, berenang air mata aku. Aku cuba tahan dan kawal perasaan. Orang kata tak baik meratapi pemergian orang yang sudah meninggal tapi bagi orang yang mengalami dan menghadapi ujian seperti ini bukannya atas sengaja nak usik diri supaya berasa sedih atau menangis, perasaan sedih tu yang datang dengan sendiri, bukan kita sendiri yang minta. Anak manalah tak sedih bila ayahnya pergi menghadap ilahi, ayahlah tulang belakang keluarga, dia la kekuatan dalam keluarga, bila dia sudah tiada anak yang tak berapa rapat dengan dia pun akan terasa kehilangan dia. Walau macamana pun kita sebagai anak hanya mampu sedekahkan Al-Fatihah untuknya. Allah Maha berkuasa kita sebagai hamba perlu terima dengan hati yang redha. 

Ayah pergi menghadap ilahi masa aku di semester akhir di politeknik. Umur aku 21 tahun waktu tu. Awal2 sem lagi aku dah di kejutkan dengan berita kematian Ayah. Last aku jumpa ayah hari ahad 19/1/2014, ayah hantar aku ke politeknik. Aku dapat rasakan sesuatu pada hari tu. Dalam busy mencari barang yang tak jumpa masa last2 minute nak bertolak ke poli pada hari ahad tu, tetiba mata aku terpandang ayah dekat ruang tamu yang sedang menonton tv. Terdetik di hati aku macam mana lah kehidupan aku bila ayah dah tak ada nanti. Sambil2 tu aku teruskan mencari barang. Bila dah penat cari barang, aku baring sekejap di dalam bilik sebab letih kehuluh kehilih cari barang tak jumpa. Sementara ayah di ruang tamu menunggu jam 11 tengah hari untuk bertolak balik ke poli. Semasa aku terbaring sekejap di dalam bilik disebabkan letih, tiba2 terlintas difikiran aku pasal kematian. Dalam mata yang pejam aku ternampak kubur, tapi bukan hari tu je hari sebelum2 tu lagi pasal mati ni selalu terlintas difikiran aku. Sepanjang terfikir pasal mati tu aku tak pula nampak siapa orang yang mati tu, cuma terbayang jenazah yang aku sendiri tak pasti siapa orangnya dan satu lagi terbayang kubur,  cuma aku fikir mungkin ajal aku akan tiba...aku sendiri bingung time tu.. aku takut sangat.

Bila jam dah tepat pukul 11 tengah hari ayah panggil aku yang berada di dalam bilik ajak siap2 untuk bertolak balik ke poli. Semasa perjalanan balik hari ahad tu ayah senyap je dalam kereta, tak ada sembang2 macam sebelum ni. Aku rasa pelik juga time tu sebab ayah tak bersuara langsung. Suasana dalam kereta sunyi sepanjang jalan hanya terdengar bunyi dari radio sahaja. Perjalanan yang mengambil masa selama 2 jam. Beberapa kilometer sebelum sampai di poli Sabak Bernam, ayah memberhentikan kereta ditepi jalan. Mula2 aku rasa hairan jugak kenapa ayah berhenti, rupanya ayah nak beli jagung dan tapai ubi yang dijual di sebelah jalan sana. Dalam hati aku bercakap, eh nak pula ayah berhenti beli. Aku kenal ayah, ayah susah nak berhenti kereta untuk beli2 makanan yang dijual ditepi jalan lagi2 kalau jalan tu besar dan kereta semua bawa laju2. Tapi pada hari ahad tu ayah sanggup berhenti dan beli walaupun gerai kecil tu terletak di sebelah jalan sana. 

Tiba di poli ayah , mak , aku duduk kat tempat kami selalu duduk lepak di tepi tasik poli. Mak selalunya akan bawa lauk pauk dan nasi siap2 dari rumah, kami berkelah makan dekat tepi tasik tu. Suasana agak dingin sunyi tak ada siapapun yang mula bersuara. Last sekali aku mulakan bercakap sambil2 tu masing2 ceduk lauk dan makan. Aku bagi tahu ayah pasal result Muet aku. Ayah pun mula tanya nanti degree nak ambil course apa, ayah bagi tahu universiti apa yang ada tawarkan course yang aku nak. Mak pun ada menyampuk sikit2. Last perkara yang kami sembang berkaitan dengan further study (degree). Bila dah masing2 stop bersembang, ayah ajak mak balik, sebab tak nak lama2 takut nanti sampai rumah  dh petang sangat. Ayah pun hulurkan jagung dengan tapai ubi yg di beli semasa dalam perjalanan nak ke poli. Aku menolak.. aku kata tak nak.. memang setiap kali balik ke poli aku akan jadi bad mood, kadang2 tak ada selera makan. Sebab otak duk fikir assignment itu dan ini membuatkan aku jadi risau dan xde selera makan sangat. Ayah tetap nak aku ambil bawa ke hostel, ayah pujuk aku lagi untuk bawa. Ayah kata kalau awak tak nak pun bagi la kawan2 makan. Aku bagi tahu nanti kalau ambil pun adik bukannya makan, roommate dan classmates lain tak balik hari ni. Esok baru dorang balik. Cuma aku je sengaja nak balik awal sehari sebab ada banyak kje kne buat. Ayah pun diam dan turutkan je apa yang aku cakap. Aku tetap jamah sikit jagung dan tapai ubi yang ayah beli tu cuma aku tak bawa ke hostel.

Mak kemas2 pinggan lauk pauk dan nasi masukkan ke dalam bakul kecil dan bawa masuk ke dalam kereta. Aku dan ayah masuk ke dalam kereta. Walaupun tasik poli tak jauh dari hostel yang aku duduk, ayah saje ajak naik kereta katanya dia nak hantar aku dekat dengan hostel. Jarang2 sekali ayah ajak selalunya aku akan jalan kaki sendiri je dari tasik ke hostel. Tapi hari tu ayah nak hantar pula. Ayah berhentikan kereta dekat dengan hostel aku duduk. Aku pun bersalam salam dengan mak dan ayah masa masih di dalam kereta. Semasa part aku nak salam ayah... lepas cium tangan ayah biasanya aku akan cium pipi kiri dan kanan ayah sama juga aku buat dekat mak. Masa aku nak cium pipi sebelah kiri ayah, ayah cuba mengelak. Masa tu aku rasa sentap sangat dengan ayah. Aku terkejut.. eh kenapa ayah mengelak.. macam tak suka aku cium dia. Sedangkan tu perkara biasa yang aku akan buat setiap kali mak ngan ayah hantar aku ke poli. Tapi hari tu ayah lain pula. Aku just diam dan terus salam dan cium mak pula. Lepas tu aku keluar dari kereta. Berdiri dan hanya pandang mak dan ayah. Mak melambai lambai aku dari dalam kereta tapi tidak ayah. Ayah langsung tak pandang aku. Biasanya ayah dan mak sekali sama2 lambai tangan dekat aku sambil kereta gerak pergi. Waktu tu terdetik di hati aku, mungkin ayah terasa ke dengan aku sebab tak nak bawa jagung dan tapai ubi tu balik hostel ??.. hhmm.. aku bingung.. Serius aku bagi tahu aku rasa sedih dan hiba sangat masa tu. Kenapa ayah lain dengan aku. Masa ayah dengan mak berlalu pergi air mata aku bergenangan.. Aku rasa sayu hati dan sedih. Lepas tu aku berjalan balik ke bilik hostel. Masuk je dalam bilik aku tak tahan sangat. Air mata aku terus berjurai jurai keluar. Sepanjang aku belajar di poli tak pernah aku rasa sedih sampai menangis macam tu lepas ayah dengan mak balik.. Tak pernah terlintas pun difikiran aku yang hari ahad tu sebenarnya hari terakhir aku dengan ayah. Hari terakhir aku salam, cium, sembang, tatap wajah ayah. Bila teringat semula situasi pada hari terakhir dengan ayah tu.. Aku rasa bersalah .. mungkin ayah ada terkecil hati dengan aku dan hari tu merupakan hari terakhir aku dengan ayah. Aku tak sempat nak minta maaf dekat ayah. Aku sedih wei SEDIH !!!
 
Orang lain cakap, ada hikmahnya ayah macam tu disaat saat akhir hayat dia. Memang dah takdir nak aku rasa sentap dengan ayah pada hari tu. Mungkin Allah tak nak bagi aku rasa terlalu sedih sebab kehilangan ayah. Ini kisah aku disaat saat akhir aku dengan ayah. Mak pun ada cerita, ayah pun ada buat mak sentap dengan dia beberapa hari sebelum dia meninggal dunia. Apa2 pun sudah takdir  ia nak berlaku semua atas ketentuan tuhan. aku redha Ya Allah . 

Dalam masa seminggu itu..

Sepanjang seminggu tu hampir setiap hari aku terima berita kematian. Ada yang ayah kepada junior aku meninggal, abang kepada classmate aku dan ada lagi yang lain. Sampai aku cakap dekat syira iaitu roommate aku, ko perasan tak semenjak dua menjak kita asik terima berita kematian je kan, takut pulak aku rasa, aku cakap dengan dia macam tu. Syira pun mengiakan apa yang aku cakap.

Khamis 23/1/2014

Pada hari itu aku tak ada rasa apa2 yang pelik. Aku tak ada terima apa2 petanda yang aku bakal terima berita yang menyedihkan. Aku pergi kelas macam biasa. Semasa dalam kelas aku happy je gelak2 dengan kawan2 tangkap2 gambar la. Semuanya okey je. Pada malamnya, waktu maghrib aku sedikit bad mood. Aku rasa serabut sangat dengan kerja2 yang aku kne siapkan. Roommate aku pun aku tak layan sangat. Aku cuma menghadap laptop, buat kerja je langsung tak hiraukan orang. Tetiba aku dapat panggilan telifon daripada nombor ayah. Ayah jarang2 call aku, selalunya kita whatsapp ataupun mesej. Bila dapat panggilan daripada ayah ni rasa excited dalam masa yang sama hairan. Dalam hati aku cakap ... eh ayah call maghrib2 ni ? ... Aku pun terus angkat panggilan tu. Tapi yang call tu bukan ayah tapi kaknga. Aku pun macam ... aikk.. asal kaknga guna nombor ayah pula..Kaknga dengan suara yang cemas dan rushing cakap.. adik ko balik sekarang.. cari bas.. kemas semua barang2 kau..ko kne balik juga. kaknga pujuk aku suruh aku cati bas untuk balik. Aku pelik la.. asal pula nak kena balik. Dah la dah malam. Mana aku berani naik bas sorang2 tambah lagi Sabak bernam jalan dia sunyi bila malam2. Aku tanya la kenapa nak kena balik.. kaknga dia sekejap.. lepas tu baru dia bagi tahu.. dik ayah kena strok.. ko balik ea.. Bila dengar je aku rasa macam ada satu gas naik atas kepala. Terkejut sangat bila dengar. Sepanjang hidup aku, aku tak pernah terima berita ayah sakit teruk. Cuma aku tahu ayah ada darah tinggi. Ayah memang jaga makan dia, dia makan benda organik, dan kurang makan nasi. Makanan yang manis2 pun dia kurang ambil. Macam tak percaya apa yang aku dengar... Eh betul ke ayah strok...Aku tanya macam mana ayah boleh kena... kaknga kata time ayah ambil dia balik kerja. Aku dengan serta merta terus rasa sebak.. aku tak boleh kawal diri...kaknga dengar terus matikan panggilan. Berjurai jurai air mata yang keluar. Aku jadi panic.. aku buntu.. tak tahu nak buat apa.. aku hanya menangis. Tutup muka dengan bantal. Langsung tak ingat pun nak kemas2 barang untuk balik. Aku panic.. aku sedih sangat.

Masa aku terima panggilan tu aku hanya sorang2 je di bilik. Syira tak ada. Izzah ketuk pintu bilik aku dan masuk untuk ambil barang. Dia tengok keadaan aku masa tu. Menangis nangis.. izzah tanya kenaoa dengan aku... aku bagi tahu yang ayah aku terkena strok.. izzah cuba cool down kan aku, dia cuba meyakinkan aku yang ayah aku okey. Dia kata ayah dia pernah kena strok tapi boleh pulih semula. Lepas tu syira pula masuk bilik dengan tiqah. Dorang pun pujuk aku. Izzah tolong call kan jijon, minta dia hantar aku balik. jijon duduk rumah sewa jadi dia ada bawa kereta sendiri. Izzah cakap jijon boleh tolong hantarkan jadi aku dalam keadaan menangis2 kemas barang2 untuk dibawa balik. 30 minit selepas panggilan telifon yang pertama daripada kaknga tu.. Kaknga telifon sekali lagi.. perlahan lahan dia cakap.. adik ayah dah tak ada. ayah dah meninggal.. YaAllah hanya tuhan sahaja yang tahu betapa dasyatnya rasa sedih aku pada masa tu. Aku terus MERAUNG RAUNG.. Ya tuhan peritnya aku rasa untuk terima berita itu. Aku terduduk.. aku dah x boleh nak kawal tangisan aku. tiqah peluk aku.. dorang cool down kan aku. Aku rasa badan aku lemah lonlai. Aku tak ada daya nak bergerak. Aku jadi lemah semangat. Aku bawa barang2. Dorang papah aku berjalan keluar dari bilik dengan keadaan aku yang tak boleh nak berhenti menangis. Kaknga call untuk kali ke 3....adik ko balikkan.. nanti terus ke hospital Sg. Buloh... teresak esak aku tnya ... betul ke ayah dah meninggal... kaknga kata betul lah tak akan aku nak tipu ko benda macam ni... lagi kuat aku meraung.. aku masih tak boleh nak terima kenyataan. 

Ke Hospital Sg. Buloh
Perjalanan yang menyambil masa lebih kurang 2 jam lebih. Sepanjang perjalanan menuju ke hospital ramai kawan2 yang rapat call aku bertanya.. ramai yang beri kata2 semangat.. dan aku masih tak boleh nak kawal diri. Aku terus menangis tanpa henti. Aku cuba tahan perasaan sedih tu tapi aku tak kuat. Tiba di hospital aku berjumpa dengan kaklong dan kaknga.. dorang sambut aku datang terus peluk dengan kuat. Mereka bawa aku jumpa jenazah ayah. Ramai orang yang datang menziarah ayah termasuk rakan sekerja ayah. Aku masuk bilik tu nampak mak dan terus peluk. Mak tunjukkan aku jenazah ayah. Tak sanggup rasanya nak lihat ayah. otak aku masih terbayang ayah yang hidup. Buat pertama kalinya aku melihat jenazah ayah. Aku masih tak percaya betul ke apa yang aku lihat lelaki yang terbaring kaku tu adalah ayah. Rasa sedih semakin kuat datang.. aku sebak, aku rasa badan aku lemah sangat. Aku kucup dahi ayah.. terasa sejuknya badan ayah.. tapi ayah nampak seolah olah tengah tidur. Aku seakan nampak yang mata ayah bergerak.. hhhmmm... tapi tu mungkin perasaan aku je. jijon, bapak, tiqah dan syira turut berada dengan aku lihat jenazah ayah. Perasaan sedih terus menyelubungi aku.. aku cuba tenangkan diri... aku terpandang dinding yang tergantungnya kalimah Allah. Aku pujuk diri aku... Allah ambil ayah pada hari yang baik khamis malam jumaat. Allah ambil ayah sebab Allah lebih sayang ayah. Ayah insan yang baik...tiba masanya aku perlu terima dan lalui semua ini. Sesungguhnya tiada manusia yang kekal hidup didunia pasti semua orang akan mati akhirnya. Aku banyak memotivasikan diri. Saat tu hanya mengingati Allah sahaja buat aku rasa tenang dan redha dengan dugaan yang aku hadapi itu. 

Ustaz mengajak aku dan mak untuk memandikan jenazah ayah. Kaklong dan kaknga pergi membuat laporan polis. YaAllah aku tak sanggup nak tatap wajah ayah.. Hiba sangat hati ini. Tapi aku kuatkan semangat juga. Aku tak nak tunjuk yang aku lemah depan mak.. Mak perlukan kekuatan dari anaknya. Ustaz ajar aku dan mak jirus jenazah ayah. Sayunya hati aku memandang ayah yang terbaring kaku. Selasai buat report polis, mandi jenazah, kafan dan solat jenazah.. semuanya selesai dalam pukul 4 pagi  pada hari Jumaat 24/1/2014 . Semasa aku di dalam van jenazah untuk bertolak balik ke Melaka... mata aku memandang ke arah keranda jenazah ayah .. terdetik dalam hati aku.. masih berharap supaya ayah hidup lagi.. tapi apakan daya tu semua mustahil berlaku... aku perlu pasrah dengan apa yang jadi.. perlu terima semuanya.. perlu redha dengan pemergian ayah.. supaya roh ayah tenang..Jenazah tiba di kampung, Melaka tepat semasa azan subuh berkumandang. Ayah dikebumikan di Tanah perkuburan islam Kg. sebatu Merlimau, Melaka. Semua urusan berjalan dengan lancar. Rakan2 ayah pun turut datang sehingga ke Melaka. Terima kasih kepada mereka yang banyak membantu aku sekeluarga semoga Allah balas kebaikan yang mereka buat dengan pahala yang berlipat ganda.

Semua yang berlaku sudah tertulis... Aku terima dengan hati yang redha. Adik sentiasa doakan ayah.... Semoga ayah tenang di sana. Al-Fatihah buat Ayahandaku Allahyarham Hj. Rashid Bin Hj. Hassan . Semoga arwah di tempatkan bersama dengan golongan orang orang yang beriman. Moga syurga tempat Ayah. Amin

Saturday, December 8, 2012

Durian Crepe Fever !

Hye !

Perasan tak semenjak musim durian ni orang sebuk duk cakap pasal durian crepe?

Ni mak beli kat kawan dia. Seriously memang sedap !


Yang ni kaklong beli pulak kat kawan dia, ye lah lain orang buat lain sikit rasanya, tapi rasa durian tetap tak lari .




Sepanjang aku cuti semesta ni banyak kali dapat makan durian crepe. Huh ! memang puas ! Korang try lah beli, sekali makan pasti nak lagi . huhu..

Ingin memberi hadiah kepada seseorang yang di sayangi mari klik bawah ni !!
 

Designed by diradebod