Hye semua!
Aku jenis yang suka tengok sekeliling, suka tengok gelagat orang, suka tengok cara orang berpakaian dan yang paling aku suka adalah suka tengok permandangan alam semulajadi. Once kalau dah nampak scenery yang lawa orang sebelah cakap dengan aku pun aku kadang2 tak boleh nak fokus sebab terkesima dengan kecantikan alam yang ada depan mata. Bila aku cuba hayati kecantikan yang ada disekeliling, seperti pokok-pokok, gunung-ganang, awan, dll automatik aku akan rasa tenang jee.. dan rasa diri ini terlalu kerdil sangat. Disebabkan kagum dengan permandangan yang ada didepan mata, aku akan tangkap gambar dan biasanya akan upload dalam instagram. Kalau orang tengok insta aku seolah olah macam aku ni minat sangat fotografi. Padahal aku lebih kepada nak simpan apa yang aku lihat cantik tu sebagai kenang kenangan, dan dalam masa yang sama aku boleh juga share kan dengan orang orang yang aku rapat, which is follower di insta. Walaupun follower insta tak semuanya aku kenal, tapi tak apa lah, dah awak follow saya so kena la awak terima apa yang saya nak upload. Hahaha.. So aku rasa insta adalah platform yang terbaik untuk share gambar, even gambar yang aku tangkap tu tak berapa nak helok dimata orang, tapi ia satu kepuasan bila dapat tengok permandangan yang cantik, lepas tu tangkap gambar dan upload sebagai kenangan. Hihihi..
Kalau orang tengok insta aku, kebanyakan gambar yang aku post mesti gambar awan. Tapi kenapa awan? Aku pun tak sure kenapa aku suka tengok awan, tapi aku perasan benda ni since aku kecik lagi seawal umur 5 tahun aku memang suka dongak ke langit dan suka tengok kepol kepol awan. Aku rasa mungkin sebab masa aku kecik arwah ayah suka bawak aku pergi meronda naik kereta. Actually tiap weekend arwah ayah rajin cuci kereta, biasanya selepas cuci kereta ayah akan bawa kereta tu untuk dia panaskan enjin. Sebab ayah pergi kerja naik motor jadi kereta tak bergerak kalau time weekdays. Itu sebab lah asal weekend je dia gerakan kereta tu sekadar untuk panaskan enjin, yela kereta kalau lama sangat tak gerak kang dia rosak pula. Jadi setiap kali dia nak panaskan enjin kereta dia akan bawa lah aku meronda naik kereta dia Toyota Ke20. Seperti dalam gambar dibawah. Cuma warna je lain. Haha..
Kat mana tempat yang ayah selalu bawa pun aku tak sure. Sebab apa? Okay kalau perasan kereta zaman dulu dia punya seat kereta tu very the lowerd kan. Kalau masuk je kereta bila duduk tu terasa macam badan ni termasuk ke dalam macam tu. So aku pula budak kecik time tu, pendek pula tu. Jadi bila duduk tu badan akan terkelom ke dalam. Susah la aku nak explain. Hahahaha... Sejauh mana pun perjalanan yang ayah bawa aku tak pernah tahu. Sebab aku sendiri pun tak dapat nak melihat apa yang ada diluar. Walhal kereta telah dicipta sekali dengan tingkap. 😂 Senang cerita, penglihatan aku limited oleh sebab saiz badan yang kecik ketika itu, jadi apa benda je yang aku boleh nampak kalau naik kereta? So ianya adalah awan, jadi aku hanya dapat menikmati kepol kepol awan yang berwarna putih. Ayah bawa la meronda cerok mana pun, penglihatan aku hanya limited kepada langit je lah. Sebab aku sendiri tak dapat nak tengok depan, tingkap sebelah pun antara nampak tak nampak je. Jadi aku rasa bermula dari situ dan sampai dah tua bangke ni aku memang suka sangat tengok langit, pandang ke awan. Lagi lagi time senja, pergghh masa tu macam macam warna awan kita boleh tengok. Nampak macam weird tapi tu laa sedikit perkongsianku. Sampai disini je la. Kang panjang pulak Hihihi..
Ini antara gambar yang aku tangkap masa dalam kereta. Kebetulan ada aircraft lalu zapppp terus capai phone klik klik klik 😁
Bukan disebabkan aku suka fotografi tapi..




0 comments:
Post a Comment